fbpx
Anthony Loke menyampaikan topi keledar kepada pengguna pada Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Peringkat Kebangsaan Kali ke-28 di Dewan Majlis Bandaraya Seremban hari ini. - Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

Lebuh raya dijangka sesak mulai Selasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Jumlah kenderaan di lebuh raya dijangka meningkat dengan ketara bermula Selasa ini apabila golongan perantau pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, peningkatan trafik itu merupakan fenomena biasa setiap kali menjelang perayaan besar dengan Plus menjangkakan dua juta kenderaan menggunakan lebuh raya pada hari-hari puncak bermula 20 Mac ini.

“Setiap kali menjelang musim perayaan, jumlah kenderaan di jalan raya akan meningkat dengan ketara sebab ramai yang ke kampung halaman. Sehubungan itu, kerajaan terus memberi penekanan terhadap aspek keselamatan jalan raya khususnya ketika musim perayaan,” katanya ketika berucap pada Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Peringkat Kebangsaan Kali ke-28 di sini, hari ini.

Anthony berkata, statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan lebih 6,000 nyawa terkorban di jalan raya setiap tahun dengan penunggang dan pembonceng motosikal menjadi kumpulan berisiko tinggi yang menyumbang 66 peratus daripada keseluruhan kematian.

“Paling membimbangkan golongan penunggang muda berusia 16 hingga 30 tahun merekodkan hampir 50 peratus daripada jumlah kematian tersebut,” katanya.

Oleh itu, kerajaan turut menggalakkan industri automotif menghasilkan kenderaan yang lebih selamat iaitu keperluan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) bagi motosikal berkapasiti 150cc ke atas sebagai langkah meningkatkan keselamatan penunggang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI