fbpx
Keadaan kemalangan di KM137.4 Lebuh Raya Utara Selatan di Perai, petang tadi.

Kemalangan empat kenderaan, lalu lintas sesak sepanjang sembilan kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kemalangan membabitkan sebuah treler dan tiga kenderaan di Kilometer 137.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dari Juru menuju Permatang Pauh di sini petang ini menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang kira-kira sembilan kilometer.

Bagi pengguna dari George Town pula, mereka terpaksa menempuh kesesakan hampir tiga jam ke Perai, berbanding tempoh biasa hanyalah kira-kira 20 minit hingga setengah jam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata kejadian itu melibatkan seramai 12 mangsa termasuk seorang kanak-kanak

Menurutnya, dalam kejadian itu, beberapa mangsa dilaporkan cedera manakala seorang mangsa mengalami kecederaan parah.

“Kita .menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.12 petang sebelum sepasukan lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai dihantar ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Kemalangan melibatkan tiga buah kereta iaitu Hyundai Elantra, Proton X70 serta Honda BRV dan sebuah treler yang membawa muatan barangan pasar raya. Dua mangsa didapati tersepit dan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba di lokasi.

“Daripada 12 mangsa tersebut, tiga sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menaiki kereta Honda BRV. Mangsa lelaki berusia 42 tahun cedera parah manakala wanita dan kanak-kanak cedera ringan,” katanya di sini, tadi.

Beliau berkata, keadaan mangsa yang menaiki dua lagi kenderaan iaitu Hyundai Elantra dan Proton X70 yang masing-masing membawa empat penumpang serta pemandu lori masih belum dapat dipastikan.

Katanya, anggota bomba turut menjalankan kerja pembersihan di lokasi kejadian bagi memastikan laluan selamat digunakan sebelum semua mangsa yang cedera diberi rawatan awal dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 5.17 petang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI