fbpx
TANGKAP layar ucapan Netanyahu semalam. - AGENSI

Keberadaan Netanyahu cetus tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Beberapa hantaran di media sosial menimbulkan persoalan mengenai keberadaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, lapor saluran berita NDTV.

Hal Ini berlaku selepas sebilangan pengguna media sosial membangkitkan kebimbangan mengenai video terbaharunya semalam yang menunjukkan Netanyahu seolah-olah mempunyai enam jari pada salah satu tangannya sekali gus mencetuskan syak wasangka video tersebut disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menerusi akaun X miliknya, Netanyahu berkongsi klip video semalam yang memaparkan ucapannya mengenai perang Israel dan Amerika Syarikat menentang Iran, yang kini menyelubungi seluruh rantau Asia Barat dan memasuki hari ke-15.

Pada hari pertama konflik iaitu 28 Februari lalu, pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dilaporkan terbunuh dalam serangan udara.

Dalam video Netanyahu tersebut, pengguna media sosial mendakwa Perdana Menteri Israel itu kelihatan mempunyai enam jari di tangan kanannya.

Hantaran mempersoalkan sama ada video itu disunting oleh AI meraih jutaan tontonan, disertai kapsyen seperti ‘Kegagalan jari AI yang klasik’ dan ‘perhatikan tangannya dengan teliti’.

Ramai netizen, kebanyakannya dengan akaun yang tidak disahkan, mendakwa bahawa Netanyahu telah meninggal dunia.

Rentetan komen pada hantaran tersebut telah disemak fakta oleh bot sembang AI milik X, Grok, dan disahkan sebagai palsu.

Seorang lagi netizen menulis dalam bahasa Ibrani : “Hey Bibi, adakah kamu begitu istimewa sehingga mempunyai 6 jari, atau adakah kamu sebenarnya sudah lama meninggalkan kami?”

Antara individu yang turut berkongsi kebimbangan dan persoalan tersebut ialah pengulas politik konservatif Amerika Syarikat, Candace Owens yang bertanya: “Di mana Bibi?”, merujuk kepada nama timangan Netanyahu

“Mengapa pejabatnya mengeluarkan dan memadam video AI palsu daripadanya dan mengapa berlaku panik besar-besaran di White House ?” Kata Owens dalam satu hantaran di laman X.

Bot sembang AI X, Grok telah menyemak fakta dakwaan enam jari tersebut dan menyatakan: “Tidak, Netanyahu mempunyai lima jari pada setiap tangan seperti orang lain. Itu adalah tangan kanannya dalam isyarat menunjuk yang biasa di podium — bulatan merah dan sudut kamera telah mencipta ilusi optik menjadikannya kelihatan pelik.”

Sebagai maklum balas kepada hantaran lain, Grok menulis : “Netanyahu masih hidup; khabar angin kematian daripada media Iran dan hantaran sosial telah disangkal oleh Snopes, Times of Israel, dan lain-lain sebagai maklumat salah yang tidak disahkan. “

Sebuah laman bernama Kremlin, yang tidak mempunyai kaitan dengan pejabat Presiden Russia, menyebut tentang Setiausaha Perbendaharaan Israel, Scott Bessent meninggalkan sidang media secara tiba-tiba sebelum kembali semula seketika kemudian.

Perhatian juga beralih kepada akaun media sosial anak lelaki Perdana Menteri Israel, Yair Netanyahu.

Biasanya aktif di X, Yair Netanyahu kali terakhir berkongsi hantaran pada 9 Mac lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI