fbpx
Gempa bumi lemah yang berlaku di perairan Batu Pahat petang tadi

Gempa bumi lemah di perairan Batu Pahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Satu gempa bumi lemah pada kedalaman kira-kira 10 kilometer dikesan berlaku di perairan Batu Pahat lewat petang tadi.

Kejadian kira-kira 6.07 petang itu dikesan pada koordinat 1.7° Utara dan 102.7° Timur dengan 3.2 magnitud kira-kira 22 kilometer Barat Daya, Batu Pahat.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan satu berkata, gegaran mungkin dirasai di negara ini dan pihaknya akan terus memantau keadaan tersebut.

Orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu diminta mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/UkEQsYd1bcQAN7A97. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI