fbpx
Azli (kiri) mengedar pek makanan berbuka puasa kepada salah seorang pengguna jalan raya di Gong Badak, Kuala Nerus hari ini.

22 peniaga mercun, bunga api haram Kuala Terengganu diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Polis bertindak tegas membanteras kegiatan menjual mercun dan bunga api secara haram di daerah ini dan Kuala Terengganu dengan penahanan 22 individu sejak awal Ramadan lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 22 hingga 59 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

“Walaupun kita telah meluluskan 216 permit menjual bunga api pada bulan Ramadan ini, masih terdapat juga pihak tidak bertanggungjawab berniaga tanpa lesen sah.

“Tambah dikesalkan, pemeriksaan mendapati segelintir peniaga yang diluluskan permit menjual mercun tidak dibenarkan,” katanya ketika ditemui di Gong Badak di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas mengedar 1,000 pek makanan berbuka puasa kepada pengguna jalan raya.

Azli berkata, hanya 36 jenis bunga api dibenarkan untuk jualan pada musim perayaan Aidilfitri ini oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beliau berkata, bukan sahaja lesen akan dibatalkan malah mercun dan bunga api terlibat juga akan disita sekiranya berlaku pelanggaran syarat permit.

“Setakat ini, kita telah merampas pelbagai mercun dan bunga api tidak dibenarkan bernilai keseluruhan lebih RM15,000,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI