PETALING JAYA – Sempena Ramadan dan Raya 2026, Yeo’s Malaysia mempersembahkan kempen ‘Sepenuh Jag, Sepenuh Kebaikan’ yang meraikan nilai kekeluargaan, kasih sayang dan kebersamaan dari satu generasi ke generasi seterusnya.
Kempen ini menampilkan kisah Alya yang menyambut Ramadan pertamanya tanpa nenek tersayang, di mana jag yang dahulu sentiasa dipenuhi minuman Yeo’s menjadi simbol kebersamaan keluarga.
Apabila Alya menemui kembali jag tersebut di dapur, dia bertekad menghidupkan semula semangat itu untuk keluarganya.
Kisah ini dipaparkan dalam dua bahagian berlatarkan Ramadan dan Raya di semua rangkaian media sosial rasmi Yeo’s Malaysia, menegaskan peranan Yeo’s sebagai sebahagian daripada detik bermakna yang mengisi setiap jag dengan kebaikan dan khasiat untuk dikongsi bersama keluarga.
Yeo’s turut bekerjasama dengan pempengaruh terkenal, Che Sayang serta beberapa pencipta kandungan lain untuk berkongsi kisah peribadi mereka bersama Yeo’s dan jag istimewa masing-masing, mengajak rakyat Malaysia berkongsi pengalaman penuh makna di bawah tanda pagar #CeritaJagKita.
Sementara di lapangan, Yeo’s bekerjasama dengan ST Rosyam untuk menganjurkan sesi berbuka puasa khas di premis mereka serta membuka reruai selama 30 hari di Gastro Seni, Putrajaya yang menawarkan sesi rasa produk dan promosi eksklusif Ramadan.
Yeo’s juga turut menyokong inisiatif khidmat masyarakat Astro melalui program ‘Drive Thru Bubur Lambuk #KAMICARE’
Pengurus Jenama Kanan Yeo’s Malaysia, Yvonne Lam berkata, melalui kempen tersebut, pihaknya ingin menunjukkan bahawa simbol sederhana seperti jag di meja makan mampu membawa makna kasih sayang, di mana setiap jag yang diisi dengan Yeo’s melambangkan kebaikan dan khasiat untuk dikongsi bersama seisi keluarga.
“Yeo’s berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada detik-detik bermakna ini, bukan sekadar sebagai minuman, tetapi sebagai simbol kebaikan yang terus dituangkan dan dikongsi bersama,” katanya. – KOSMO! ONLINE














