fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh Amin Idris di laman TikTok.

[VIDEO] ‘Rabbuka’ bukan ‘buka’, Amin Idris tegur huraian ayat al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkongsian seorang usahawan terkenal mengenai amalan membaca Surah Al-Fiil sebagai tips murah rezeki mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial, usahawan berkenaan berkongsi amalan membaca surah tersebut sebanyak tiga kali sebagai usaha memohon kelapangan rezeki daripada Allah SWT.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila usahawan itu menekankan kalimah ‘rabbuka’ dalam surah berkenaan dan mengaitkannya dengan perkataan ‘buka’ dalam Bahasa Melayu yang disifatkan sebagai simbolik pembuka pintu rezeki.

“Baca tiga kali ye, baca tiga kali. Insya-Allah masa ‘rabbuka’, ‘buka’, bukakanlah pintu langit untuk kita, angkat doa kita memohon pertolongan Allah, bantuan rezeki yang tidak dijangka, rezeki yang luar biasa, rezeki yang tidak luak, rezeki yang tidak habis dan rezeki yang barakah,” katanya dalam video tersebut.

Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian ramai termasuk pengacara dan pendakwah bebas, Amin Idris yang tampil memberikan teguran.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman TikTok, Amin menjelaskan bahawa kalimah ‘rabbuka’ dalam ayat al-Quran tidak membawa maksud ‘buka’ seperti yang dihuraikan.

“‘Rabbuka’ tu bukan maksud buka. Rabb itu adalah Tuhan, ‘ka’ pula ganti nama kepada kamu. ‘Rabbuka’ bermaksud Tuhan kamu.

“Sama juga bila kita di alam kubur nanti, bila kita ditanya ‘Man Rabbuka?’, ‘siapa Tuhan kamu’, bukannya siapa yang buka-buka,” katanya.

Dalam masa sama, Amin turut berkongsikan doa yang boleh diamalkan oleh orang ramai bagi memohon rezeki yang baik daripada Allah SWT.

“Doanya mudah je, kita minta kepada Allah SWT ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan kita diterima,” katanya.

Takbahnya, orang ramai mesti berhati-hati ketika menghuraikan ayat al-Quran supaya tidak berlaku salah faham terhadap maksud sebenar kalam Allah.

“Berhati-hati dalam kita menghuraikan, walaupun niat baik tetapi cara tidak betul, ia tidak baik juga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@iamaminidrisAda tertengok satu video seorang usahawan share tips berniaga dengan membaca surah Al Fiil. Beliau terjemah kalimah ‘Rabbuka’ bererti ‘buka’. Maknanya Allah ‘buka’ pintu langit rezeki. Makna ‘Rabbuka’ BUKAN BUKA, tapi TUHANMU. Hati-hari dalam memetik ayat Quran. Jangan main hentam je. Itu ayat Allah♬ original sound – Amin Idris

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN