fbpx
Bungkusan makanan dengan nota memohon doa daripada orang ramai ke atas kesembuhan penyakit anak pemberi sedekah tersebut. Foto Thread Hadith Omar

‘Semoga Muhammad Arsyad sembuh, bebas kanser hati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ibu bapa kepada seorang pesakit yang memberi sedekah makanan serta meminta orang ramai mendoakan kesembuhan anaknya daripada penyakit kanser hati, mengundang sebak dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi gambar dikongsikan seorang pengarah drama, Hadith Omar pada hantaran Thread, dia terlihat bungkusan makanan berada di atas meja di rumahnya dengan tertulis nota memohon doa daripada orang ramai ke atas kesembuhan penyakit anak pemberi sedekah makanan tersebut.

“Balik rumah tengok ada bungkusan atas meja. Semoga adik Muhammad Arsyad diberikan kesembuhan dan bebas daripada kanser,” menurut kapsyen gambar dimuat naik Hadith.
Pada bungkusan makanan tersebut, ia tertulis ‘Assalamualaikum, mohon tolong doakan anak saya Muhammad Asyrad Muhammad Arif diberi kesembuhan dan bebas daripada kanser hati, terima kasih’.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas apabila orang ramai mendoakan pesakit tersebut, selain ada juga mendakwa mengenali pemberi sedekah makanan tersebut.

“Anak kenalan saya ni, baru lima tahun usianya. Moga Allah beri kesembuhan dan kekuatan kepada kedua ibu ayahnya,” komen pengguna Thread Syafiq Mahtiar yang mendakwa mengenali pemberi makanan itu.

“Demi anak, mak ayah sanggup buat apa sahaja demi kesembuhan anak. Syafakallah untuk adik Muhammad Arsyad Muhammad Arif, semoga bebas daripada kanser hati sepenuhnya,” komen Ranadesigndeco.

“Tak ada ibu bapa sanggup kehilangan anak,” komen Mrbuzzley. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI