fbpx
Ustazah Asma'

Sekali lagi Ustazah Asma’ tegur trend joget untuk duit raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Jangan dibuat lagi tahun ni trend ambil duit raya berjoget-joget. Tua muda jadi hilang sopan dan sifat malu.”

Itu pesanan penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun kepada masyarakat umum supaya tidak terpengaruh dengan trend berjoget ketika menerima duit raya.

Beliau berkata, ia perlu dilakukan dengan penuh adab dan adat.

“Bila ada yang beri duit raya, ikutlah adab dan adat kita. Pertama, salam dan kedua, ucap terima kasih. Ketiga, bersyukur atas rezeki Allah beri.

“Perbuatan mengisytiharkan (mujaharah) maksiat iaitu melakukan maksiat secara terang-terangan adalah di antara dosa besar yang dicegah dalam agama,” katanya menerusi media sosial, semalam.

Tahun lalu, beliau dilaporkan turut menitipkan pesanan yang sama kepada orang ramai.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau meluahkan rasa kecewa kerana ramai wanita Islam pelbagai peringkat umur mengikuti trend tersebut.

“Tolong fikir sebelum ikut trend ambil duit raya kena joget kemudian rakam dan hantar di media sosial. Ramai wanita Islam tua dan muda buat sama,” tegurnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN