fbpx
Asmuni (tengah) bercakap pada sidang akhbar di pajabat Amanah Perak di Ipoh hari ini.

PRU16: Amanah Perak berhasrat tanding lapan kerusi DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Parti Amanah Negara (Amanah) Perak menyasarkan untuk bertanding di lapan buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi berkata, pihaknya bagaimanapun enggan membuat keputusan yang mendahului Amanah Pusat berhubung perkara itu, bahkan ia belum dibincangkan dengan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) kerana masing-masing mengambil pendirian untuk mengunci mulut.

“Lima DUN yang kita telah kenal pasti untuk bertanding pada PRU16 ialah Titi Serong, Manjoi, Kamunting, Pasir Panjang dan Sungai Rapat.

“Lain-lain kawasan yang kita sasarkan sebagai tambahan daripada lima DUN itu juga telah dikenal pasti dan persiapan ke arah pilihan raya sudah pun dilaksanakan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Amanah Perak di Ipoh hari ini.

Asmuni berkata, Amanah Perak sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi PRU16 kerana mereka berpegang kepada prinsip persiapan bermula selepas habis pilihan raya.

Beliau berkata, mereka tidak akan bertanding dengan jumlah kerusi yang besar kerana mahu memberi tumpuan dan persediaan sewajarnya kepada DUN tertentu.

Pada masa sama, beliau juga tidak menolak sekiranya PRU16 dilaksanakan tahun ini, namun keputusan akhir bergantung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Pengerusi PH. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN