fbpx
Anggota bomba ketika membantu memadamkan kebakaran di Kampung Guar Kepayang, petang tadi.

Nenek OKU ditemukan rentung rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang warga emas orang kurang upaya (OKU).ditemukan rentung dalam satu kejadian kebakaran di rumahnya di Kampung Guar Kepayang, Kepala Batas di sini, petang tadi.

Mayat mangsa wanita berusia 60-an itu ditemui di dalam sebuah bilik tidur kediaman separa kayu.

Selain mangsa, terdapat tiga lagi mangsa terdiri suami, anak lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun. Kesemua mereka dilaporkan selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran berlaku pada pukul 4.59 petang tadi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas dengan bantuan BBP Tasek Gelugor dan Butterworth.

“Kebakaran melibatkan sebuah unit kediaman kelas C dengan anggaran peratusan kemusnahan semasa adalah kira-kira 70 peratus.

“Terdapat seorang mangsa wanita yang merupakan warga emas dilaporkan telah terperangkap dan dijumpai dalam keadaan rentung di sebuah bilik tidur pada pukul 5.55 petang tadi,” katanya di sini, hari ini.

Jelas beliau, operasi mengeluarkan maut mangsa sedang dilakukan ketika ini.

Tambahnya, kediaman tersebut dihuni tujuh beranak manakala tiga daripada mereka tiada di rumah semasa kejadian berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN