![]() |
Kejohanan sukan generasi baharu terkemuka dunia, akan berlangsung di Astana dari 29 Julai hingga 9 Ogos 2026, menghimpunkan atlet elit dan pemain permainan video untuk bersaing dalam pelbagai disiplin hibrid yang inovatif.
DUBAI, UAE, 12 Mac 2026 /PRNewswire/ — Phygital International, penganjur dan pemegang hak Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan, GOTF), secara rasmi mengesahkan bahawa Games of the Future 2026 (Temasya Sukan Masa Depan 2026) akan berlangsung di Astana, Kazakhstan, dari 29 Julai hingga 9 Ogos 2026. Acara ini akan menghimpunkan atlet phygital terbaik dunia selama 12 hari pertandingan bertaraf elit yang menggabungkan secara unik sukan fizikal dan permainan digital.
Pertandingan ini akan diadakan di beberapa lokasi utama di seluruh bandar, termasuk Barys Arena, Beeline Arena, Athletics Sports Complex "Qazaqstan", Alau Ice Palace dan Ushkempirov Martial Arts Palace. Games of the Future 2026 (Temasya Sukan Masa Depan, GOTF 2026) dijangka menyambut lebih 900 atlet daripada lebih 50 kewarganegaraan, yang akan bersaing untuk merebut bahagian daripada jumlah hadiah yang disahkan ~$~4.75 juta di hadapan lebih 100,000 peminat.
Games of the Future 2026 (Temasya Sukan Masa Depan 2026) akan menampilkan lapan disiplin merentasi dua kategori utama: sukan phygital, di mana peserta bersaing dalam pusingan fizikal dan digital; dan esports, yang menampilkan beberapa judul permainan paling popular di peringkat global.
Dalam kategori sukan phygital, yang disahkan kembali menjadi kegemaran orang ramai termasuk Phygital Football, Phygital Basketball, Phygital Shooter dan Phygital Dancing. Turut kembali ialah Turut kembali ialah Phygital Fighting, satu lagi kegemaran peminat yang menggabungkan permainan taktikal dengan pertarungan fizikal berintensiti tinggi.
Peminat juga sekali lagi dapat menyaksikan aksi esports yang mendebarkan dengan genre multiplayer online battle arena (MOBA) menjadi tumpuan utama merentasi platform PC dan mudah alih. Melengkapkan senarai disiplin, kategori Battle Royale akan mempamerkan salah satu format permainan paling dikenali dan paling mendapat perhatian di dunia.
"Astana merupakan pentas yang sempurna untuk bab seterusnya Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan). Kazakhstan mempunyai budaya sukan yang mendalam serta populasi muda yang terhubung secara digital yang benar-benar mencerminkan semangat pertandingan phygital. Kami sedang membina satu gerakan global yang sebenar, dan 2026 merupakan satu lagi langkah untuk menjadikan sukan phygital sebagai sebahagian tetap dalam kalendar sukan dunia," kata John Hewitt, Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Antarabangsa di Phygital International.
Alibek Khassenov, Ketua Direktorat Games of the Future 2026, menambah: "Kazakhstan berbangga menjadi tuan rumah Games of the Future 2026 (Temasya Sukan Masa Depan 2026) dan mengalu-alukan kehadiran atlet serta peminat ke Astana. Acara ini mencerminkan komitmen kami untuk meletakkan Kazakhstan sebagai destinasi sukan antarabangsa bertaraf dunia, dan kami berharap dapat memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada semua yang hadir."
Melangkaui Astana, Phygital International turut secara rasmi membuka proses bidaan bandar tuan rumah bagi edisi Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) untuk tahun 2028, 2029 dan 2030. Bandar dan negara yang mempunyai visi, infrastruktur serta komitmen untuk menganjurkan acara phygital bertaraf dunia dijemput mengemukakan minat mereka sebelum 1 Ogos 2026.
Untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai Games of the Future 2026 (Temasya Sukan Masa Depan 2026) — termasuk kerjasama baharu yang menarik dan senarai penuh acara — layari laman web rasmi. Peminat juga boleh merasai gambaran awal acara tersebut serta menonton semula semua aksi dari Abu Dhabi melalui platform OTT rasmi: tv.gofuture.games
Catatan kepada Editor:
Maklumat Tentang Phygital International (PI):
Phygital International ialah penganjur phygital sports pada peringkat global dan memberi tumpuan kepada inovasi serta mendefinisikan semula sukan. Syarikat ini ialah penjaga dan pemegang hak Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan), serta mengawasi proses pembidaan untuk setiap bandar tuan rumah.
Untuk maklumat lanjut sila layari https://Phygitalinternational.com atau hubungi kami di: [email protected]
Maklumat Tentang Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan – GOFT):
Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) ialah acara antarabangsa tahunan yang menggabungkan dunia fizikal dan digital dan merupakan kemuncak sukan phygital. Kejohanan ini menghimpunkan para wira sukan phygital generasi akan datang dari seluruh dunia untuk bersaing dalam pelbagai disiplin dan cabaran phygital. Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2025 telah diadakan di Abu Dhabi manakala Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2026, akan diadakan di Astana.
Untuk maklumat lanjut sila layari: https://gofuture.games/
Gambar – https://mma.prnewswire.com/media/2931499/Phygital_Basketball.jpg
Gambar – https://mma.prnewswire.com/media/2931500/Phygital_Football.jpg
Logo – https://mma.prnewswire.com/media/2745156/5858524/PhygitalInternational_GOTF_Logo.jpg
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4907761_MS07761_6

















