fbpx
Cairil Irwan Amir menyerahkan sumbangan pek makanan kepada anggota polis trafik yang bertugas pada Program Appreciate the Heroes: Iftar on the Go di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

DRB-HICOM edar 2,200 pek makanan, hargai usaha polis trafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 2,200 pek makanan diagihkan oleh DRB-HICOM kepada anggota polis trafik di enam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menerusi program Appreciate the Heroes: Iftar on the Go sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Ketua Pegawai Komunikasi DRB-HICOM, Encik Cairil Irwan Amir berkata, program tersebut bertujuan menghargai pengorbanan anggota polis trafik yang bertugas tanpa mengenal penat lelah ketika mengawal lalu lintas sepanjang Ramadan.

Menurutnya, anggota polis trafik sering berdepan cabaran termasuk terpaksa bertugas dalam cuaca panas dan kesibukan jalan raya terutama ketika waktu hampir berbuka puasa.

“Program ini diadakan bagi meringankan sedikit kesukaran mereka untuk berbuka puasa memandangkan anggota trafik perlu terus bertugas bagi memastikan kelancaran lalu lintas terutama ketika waktu iftar,” katanya ketika ditemui pada program tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata, agihan pek makanan tersebut akan dilakukan sekali seminggu pada setiap hari Jumaat sepanjang Ramadan dengan jumlah keseluruhan 2,200 pek kepada anggota yang bertugas.

“Daripada jumlah itu, 100 pek makanan diagihkan kepada IPD Subang Jaya, IPD Shah Alam dan IPD Petaling Jaya setiap minggu, manakala 200 pek diperuntukkan kepada Balai Polis Trafik Jalan Bandar, Kuala Lumpur.

“Selain itu, 30 pek makanan diagihkan kepada IPD Pekan, Pahang dan 20 pek kepada IPD Tanjung Malim, Peraksetiap minggu sepanjang Ramadan,” ujarnya.

Tambah beliau, tahun ini merupakan tahun kedua program tersebut dilaksanakan selepas diperkenalkan pada tahun lalu dengan penglibatan beberapa IPD.

Dalam pada itu, DRB-HICOM turut menyumbangkan 500 unit Breakdown Kits kepada IPD Petaling Jaya bagi kegunaan program Op Selamat Aidilfitri daerah berkenaan yang akan berlangsung dari 19 hingga 24 Mac ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN