fbpx
Program Imarah Ramadan 2026 anjuran Bank Rakyat yang berlangsung di Perlis.

Bank Rakyat sumbang RM200,000 Program Imarah Ramadan 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bank Rakyat meneruskan inisiatif Jangkauan Komuniti bagi menyantuni masyarakat yang memerlukan sempena bulan Ramadan menerusi Program Imarah Ramadan 2026 dengan peruntukan sumbangan keseluruhan berjumlah RM200,000.

Bank Rakyat dalam kenyataannya berkata, inisiatif itu memberi manfaat kepada 2,000 asnaf dan dilaksanakan di 50 masjid serta surau terpilih di seluruh negara dengan setiap penerima menerima bakul makanan keperluan asas bernilai RM100.

“Program ini memasuki tahun kelima penganjurannya selaras dengan nilai Malaysia Madani yang menitik berat kesejahteraan masyarakat dan semangat saling membantu.
“Melalui program ini, Bank Rakyat komited memainkan peranan sebagai institusi kewangan yang prihatin terhadap kebajikan masyarakat serta pembangunan komuniti secara berterusan,” katanya hari ini.

Program Imarah Ramadan Sabah @ Surau Mahabbah

Jelasnya, usaha itu juga merupakan sebahagian inisiatif Jangkauan Komuniti Bank Rakyat di bawah Kempen ‘Suara Hati’ bagi mendekati masyarakat pada setiap peringkat dan menghargai sokongan pelanggan terhadap institusi tersebut.

“Ia sekali gus mencerminkan komitmen berterusan Bank Rakyat dalam berkongsi rezeki, di samping mengukuhkan semangat kebersamaan,” katanya.

Program Imarah Ramadan di Gua Musang, Kelantan

Dalam program yang berlangsung di Masjid Al-Arifin, Padang Katong, Kangar, Bank Rakyat menyampaikan 40 kotak makanan keperluan asas kepada pihak masjid untuk diagihkan kepada golongan asnaf.

Selain itu, 100 penerima asnaf menerima bantuan tunai RM100 setiap seorang melalui Masjid Ameer Fawwaz dan Surau An-Najihin, manakala Yayasan Bank Rakyat turut menyampaikan Bantuan Awal Pengajian berjumlah RM100,000 kepada penuntut Universiti Malaysia Perlis bagi menyokong pembangunan pendidikan dan kebajikan pelajar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI