fbpx
Merlin memiliki 1.1 juta pengikut di platform Instagram setakat 23 Februari lalu. - Instagram

Babi paling popular dunia ada 1.1 juta pengikut Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SACRAMENTO, CALIFORNIA – Seekor babi berusia empat tahun di negeri California menempa nama dalam Guinness World Records kerana memiliki 1.1 juta pengikut di platform Instagram, lapor agensi berita United Press International. 

Haiwan bernama Merlin itu mencatat rekod dunia untuk pengikut paling banyak di Instagram  bagi seekor babi.

Merlin mempunyai 1.1 juta pengikut di platform Instagram setakat 23 Februari lalu. 

Pemilik haiwan tersebut, Mina Alani berkata, dia memelihara Merlin pada Mac 2022 dan mula melatihnya ketika babi itu berusia tiga bulan. 

Kebanyakan klip video dimuat naik di Instagram menunjukkan Merlin menekan butang-butang yang akan memainkan rakaman suara. 

“Pada usia 4 tahun, Merlin mempunyai lebih 30 butang yang digunakan untuk mencetuskan perbualan dalam talian. Haiwan ini seperti manusia apabila diberikan masa, kesabaran dan peneguhan positif dalam melatihnya,” kata Guinness World Records. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN