fbpx
Gambar hiasan.

4 lelaki ditahan ceroboh pencawang elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis menahan empat lelaki tempatan selepas dipercayai menceroboh sebuah pencawang elektrik di Jalan Segambut Pusat di sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, kesemua suspek ditahan oleh anggota polis bantuan sebelum diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Hasil siasatan mendapati pengadu bersama beberapa anggota polis bantuan telah pergi ke lokasi selepas menerima maklumat mengenai kegiatan kecurian kabel di kawasan tersebut.

“Pada kira-kira pukul 5.50 pagi, pengadu mendapati sebuah kenderaan jenis Toyota Veloz berwarna putih berhenti di hadapan Pencawang Elektrik sekitar Jalan Segambut Pusat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiga lelaki kemudian masuk ke dalam pencawang elektrik melalui pintu hadapan manakala seorang lagi menunggu di dalam kenderaan tersebut.

“Pengadu bersama anggota lain berjaya menahan keempat-empat suspek sebelum menghubungi pihak polis.

“Polis kemudian membuat tangkapan semula dan turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan bagi tujuan mencuri kabel,” jelasnya.

Basri berkata, kesemua suspek bersama barang rampasan dibawa ke IPD Sentul untuk tindakan lanjut dan kesemua suspek direman bagi membantu siasatan.

“Tiga daripada suspek telah dituduh di mahkamah hari ini di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan, manakala seorang lagi dijadikan saksi pendakwaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI