fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh Tasha Manshahar di laman TikTok.

[VIDEO] ‘Saya tak layak ada kawan, muka macam lelaki, suara tak sedap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkongsian video seorang guru yang memaparkan perbualan menyentuh hati bersama muridnya meraih perhatian ramai apabila pelajar tersebut meluahkan rasa tidak layak untuk mempunyai kawan atas faktor-faktor tertentu.

Menerusi hantaran oleh Tasha Manshahar di laman TikTok, video tersebut pada asalnya dirakam secara santai ketika dia sedang menanda buku sambil menunggu murid-murid menyiapkan tugasan di dalam kelas.

Menurutnya, rakaman itu secara tidak sengaja dilakukan apabila seorang murid datang mengadu bahawa dia merasakan dirinya tidak pandai dan tidak layak berkawan dengan orang lain.

Dalam perbualan itu, murid berkenaan turut menyatakan dia lambat menyiapkan kerja sekolah, selain beranggapan wajahnya kelihatan seperti lelaki dan suaranya tidak sedap.

“Muka saya macam lelaki, suara saya tak sedap,” katanya.

Mendengar luahan tersebut, Tasha dilihat cuba menenangkan murid berkenaan dengan memberikan kata-kata semangat serta menegaskan bahawa setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri.

“Sebenarnya tak ada orang tak pandai. Yang ada cuma orang yang belum pandai kerana belum belajar. Bila kita rajin dan terus belajar, lama-lama kita akan pandai,” jelasnya.

Menurutnya lagi, setiap individu dicipta dengan sempurna oleh Allah dan murid tersebut juga merupakan anak kebanggaan ibu bapanya.

Malah katanya, ramai rakan di dalam kelas sebenarnya mahu berkawan dengannya dan dia sendiri juga mahu menjadi kawan kepada murid tersebut.

Jelas Tasha, perkongsian video itu dibuat dengan harapan dapat memberi kesedaran bahawa kanak-kanak juga boleh berdepan rasa tidak yakin diri pada usia yang masih muda.

“Tanyalah mana-mana cikgu, kami pernah lihat perkara yang lebih teruk daripada ini.
Sesetengah pengajaran bukan datang daripada buku.

Kadangkala, ianya tentang mengingatkan seorang kanak-kanak tentang kemampuanya dan layak disayangi,” – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN