fbpx
Gambar hiasan

Taktik ‘Datuk’ tukar alat pemadam api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan dua individu lelaki dipercayai menyamar sebagai wakil penyelenggaraan alat pemadam api untuk memperdaya peniaga di sekitar Lembah Klang tular di media sosial semalam.

Menerusi hantaran di media sosial oleh @thebakingxperiment, individu kononnya bergelar ‘Datuk’ ini bergerak dalam kumpulan kecil, menyasarkan premis perniagaan di sekitar Subang Jaya, Shah Alam serta beberapa kawasan lain di Lembah Klang.

“Individu ini datang beruniform kononnya mengambil alat pemadam api untuk penyelenggaraan dan memberikan semula kepada anda alat pemadam api yang tidak sah dengan pensijilan palsu.

“Malah mereka akan menunjukkan kad yang palsu bahawa mereka daripada syarikat keselamatan kebakaran untuk memperdaya orang ramai,” katanya.

Situasi itu menarik perhatian ramai untuk berkongsi tentang kejadian sama yang berlaku kepada mereka.

Seorang pengguna Sabr_us berkongsi detik cemas didatangi kumpulan terbabit di premis perniagaannya dua bulan lalu.

“Mereka datang kedai saya di Shah alam, kemudian bercakap dengan saya punya staf tentang penukaran alat pemadam api ini dan meminta sebanyak RM600.

“Saya bertanya balik kepada dia yang siapa suruh dia datang? Tapi dia hanya keluar terus daripada kedai,” katanya.

Seorang lagi pengguna turut berkongsi pengalamannya berdepan dengan kumpulan terbabit.

“Jangan tukar dengan dia orang ini. Memang ‘scam’ je kalau nak tahu proses dia, alat pemadam api ini kena sijil daripada bomba dulu baru sah,” ujarnya.

Katanya, dia bernasib baik kerana menyimpan resit yang diberikan oleh individu terbabit sebagai bukti untuk diberikan kepada pihak berkuasa.

Orang ramai dinasihati untuk lebih berwaspada dan segera membuat laporan polis jika terdapat keraguan berkenaan situasi yang terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN