fbpx
Warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerima goodies raya simbolik berbentuk rumah kayu daripada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.

‘Rumah kayu’ simbolik tempat kembali berkumpul – Mohamad Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerima goodies raya simbolik berbentuk rumah kayu daripada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.

Mohamad berkata, pemberian rumah kayu kecil itu hanyalah simbolik, namun membawa makna besar kerana melambangkan rumah sebagai tempat kembali dan berkumpulnya keluarga yang dipenuhi kasih sayang serta kenangan.

Menurutnya, setiap rumah juga mempunyai dapur yang menjadi nadi kepada kemeriahan Aidilfitri kerana dari situlah terhidangnya pelbagai juadah untuk dinikmati bersama.

“Di sebalik setiap hidangan itu, terdapat titik peluh para petani, penternak dan nelayan yang tidak pernah jemu berusaha memastikan bekalan makanan negara sentiasa cukup dan terjamin.

“Justeru, tugas warga KPKM bukan sekadar bekerja di pejabat, sebaliknya berkhidmat untuk golongan yang menjadi tulang belakang kepada keterjaminan makanan negara,” katanya ketika menyantuni warga kementerian di sini hari ini.

Beliau turut berharap Aidilfitri yang bakal tiba dapat membawa kegembiraan, mengeratkan silaturahim serta mengingatkan semua tentang nilai kebersamaan dalam keluarga dan masyarakat.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN