fbpx
Kumpulan remaja tersebut menghalakan mercun ke arah kiri dan kanan jalan. - Instagram

Remaja konvoi motosikal sambil cucuh mercun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan sekumpulan remaja menunggang motosikal di jalan utama sambil menyalakan mercun, yang mendatangkan bahaya kepada pengguna lain, lapor laman berita Detik semalam.

Kejadian berlaku di Ring Road Utara, Jogjakarta.

Dalam video yang dikongsikan di platform Instagram itu, kumpulan remaja berkenaan berkonvoi beramai-ramai sambil menyalakan mercun yang dihalakan ke arah kiri dan kanan jalan.

Ia menghasilkan percikan api di tengah jalan yang mengganggu lalu lintas, sehinggakan ada pejalan kaki yang terkena percikan api.

Ketua Polis Mlati, Pesuruhjaya Edi Mulyono berkata, dua daripada remaja berkenaan telah ditahan orang ramai.

“Mereka mengakui bahawa sebelumnya, mereka mengadakan acara berbuka puasa bersama. Selepas pulang dari acara tersebut, mereka berkonvoi dan menyalakan mercun,” katanya.

Tambah Edi, seorang wanita yang terkena percikan mercun itu mengejar kumpulan remaja tersebut bersama suaminya dengan bantuan penduduk tempatan. 

“Dua remaja akhirnya ditahan di hadapan sebuah farmasi di kawasan Monjali,” kata Edi.

Wanita tersebut tidak mengalami kecederaan dan tidak membuat sebarang laporan polis terhadap remaja berkenaan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN