fbpx
Polis sedang memburu seorang individu yang menceroboh dan mencuri pakaian dalam di halaman sebuah rumah di daerah ini, baru-baru ini.

Polis buru pencuri pakaian dalam wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Polis sedang memburu seorang individu yang menceroboh dan mencuri pakaian dalam wanita di halaman sebuah rumah di daerah ini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, laporan telah dibuat oleh seorang wanita yang terlihat satu rakaman video kejadian curi pakaian dalam semasa melayari media sosial pukul 2.21 petang semalam.

Menurutnya, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah taman perumahan di Bahau dan hasil siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan sebuah rumah yang didiami oleh wanita tempatan.

“Suspek merupakan seorang lelaki dan identiti masih belum dapat dipastikan. Dia telah menceroboh masuk ke kawasan rumah mangsa dengan cara memanjat pagar rumah dan mengambil sehelai pakaian dalam milik mangsa yang dijemur di ampaian bahagian luar rumah,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menyalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Mohamad Nor Effendi Mohd Tahar di talian 064582222.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN