fbpx
Anwar sewaktu mempengerusikan Mesyuarat JKKTN di Putrajaya hari ini.

Perangi rasuah bukan hanya dengan penguatkuasaan undang-undang – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Langkah memerangi rasuah tidak memadai dengan hanya memfokuskan kepada penguatkuasaan undang-undang sahaja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha berkenaan perlu diperkukuh melalui pembudayaan integriti dan amalan tatakelola yang baik secara menyeluruh, melibatkan sektor awam, swasta serta masyarakat.

Menurutnya, perkara itu antara ditegaskan beliau sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) hari ini.

“Saya menegaskan keseriusan isu ketirisan wang awam dan salah guna kuasa bukan sahaja merencatkan tadbir urus negara, malah menjejaskan kesejahteraan rakyat, termasuk kesihatan awam, alam sekitar dan integriti nasional.

“Antara dipersetujui di dalam mesyuarat ini ialah pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah (Certified Integrity Officer), pengukuhan agenda pencegahan rasuah negara berasaskan penyertaan semua pihak serta pemerkasaan koordinasi strategik antara agensi,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Beliau berkata, kerajaan kekal fokus memperkasa agenda tatakelola bagi memastikan integriti dan ketelusan terus menjadi teras perkhidmatan awam demi menjunjung amanah rakyat dan memperteguh keyakinan terhadap institusi negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI