fbpx
Keadaan motosikal dinaiki penunggang wanita yang maut di SKVE

Maut tukar lorong di SKVE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Tindakan seorang penunggang motosikal menukar lorong mengundang maut selepas dilanggar kenderaan lain di Kilometer 22.28 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), di sini hari ini.

Kemalangan kira-kira pukul 7.30 pagi itu mengakibatkan mangsa merupakan wanita berusia 30-an yang menunggang motosikal jenis SYM berwarna biru disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan ke Bandar Saujana Putra dari Telok Panglima Garang dan dipercayai
menukar laluan dari lorong kecemasan kiri ke lorong kanan.

Katanya, sebuah kereta Mercedes-Benz berwarna hijau yang datang dari arah belakang gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang motosikal tersebut.

“Akibat pelanggaran itu mangsa terjatuh di atas permukaan jalan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Klinik Jenjarom.

“Pemandu kereta Mercedes-Benz itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Inspektor Mazrol Din di talian 011-18539115 atau 03-31872222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI