fbpx
Lamborghini yang ditahan JPJ Selangor di Klang.

LKM tamat tempoh, Lamborghini disita JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Sebuah kereta mewah jenis Lamborghini disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor selepas dikesan melakukan beberapa kesalahan jalan raya dalam Ops Luxury di Persiaran Ampuan Rahimah, di sini semalam.

Kenderaan itu ditahan kira-kira pukul 11.20 pagi ketika anggota JPJ menjalankan pemeriksaan dengan mendapati ia dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan, berkata pemeriksaan mendapati lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh sejak 9 Februari lalu, manakala nombor pendaftaran pula tidak mengikut spesifikasi JPJ.

“Pemandu terbabit merupakan pekerja sebuah kedai tinted dan ketika kejadian sedang menghantar Lamborghini berkenaan ke rumah pemiliknya.

“LKM kenderaan mati secara automatik selepas pertukaran nama pemilik baharu, namun proses pengesahan cap jari (thumbprint) masih belum selesai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, semakan juga mendapati tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Susulan itu, Lamborghini berkenaan disita dan dibawa ke JPJ Shah Alam untuk tindakan lanjut.

Azrin menegaskan JPJ Selangor akan terus mempergiat operasi dan pemantauan bagi memastikan semua kenderaan, termasuk mewah, mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI