fbpx
KEADAAN belukar di Jalan Bypass Punggai, Kota Tinggi yang terbakar sejak Isnin lalu. Foto JBPM

Lebih 29 hektar belukar terbakar di Jalan Bypass Punggai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Lebih 29.44 hektar kawasan belukar di Jalan Bypass Punggai di sini dilaporkan terbakar dalam kejadian sejak Isnin lalu, dengan operasi pemadaman oleh pihak bomba masih giat dijalankan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Sabri Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada 4.08 petang sebelum anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dikerahkan ke lokasi.

Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai bersama Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari BBP Sebana Cove segera digerakkan bagi memulakan operasi pemadaman.

“Setibanya PKO di lokasi, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan lalang dan kawasan gambut dengan keluasan awal dianggarkan 8.09 hektar.

“Namun operasi pemadaman sukar dijalankan kerana tiada jalan masuk ke lokasi kebakaran selain ketiadaan sumber air berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan.

Sabri berkata, pada 6 pagi kelmarin, operasi pemadaman terpaksa dihentikan sementara berikutan faktor keselamatan termasuk laluan terhad, ketiadaan sumber air serta keadaan gelap yang menyukarkan penglihatan anggota pada waktu malam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN