IPOH – Kerajaan negeri memberi jaminan kebajikan tiga ekor gajah dari Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dihantar ke sebuah zoo di Jepun bsentiasa dipantau bagi memastikan haiwan berkenaan berada dalam keadaan baik.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, penghantaran tiga ekor haiwan ke Tennoji Zoo di Osaka merupakan kerjasama yang telah dibincangkan pada tahun 2022 setelah pihak zoo tersebut menyatakan minat untuk memiliki gajah dari Malaysia.
Katanya, perkara itu kemudian diselaraskan melalui Zoo Taiping dan Night Safari bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ) memandangkan hidupan liar berada di bawah bidang kuasa jabatan berkenaan.
“Berdasarkan maklumat oleh Majlis Perbandaran Taiping (MPT), ketiga-tiga gajah tersebut telah selamat tiba di Osaka Dan sekitar April ini wakil daripada Zoo Taiping dan Night Safari akan mengadakan lawatan ke zoo di Osaka.
“Kerjasama ini bersifat dua hala apabila selepas penghantaran gajah berkenaan, pihak Zoo Taiping juga dijangka menerima haiwan daripada zoo di Osaka,” katanya selepas edaran bubur lambuk di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE














