fbpx
Mohamad Azhar menunjukkan perisa shisha dirampas pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang. Foto MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS/KOSMO!

‘Kantoi’ isytihar shisha minuman bertenaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Helah menyeludup perisa shisa sebagai minuman bertenaga gagal selepas dikesan di kawasan Zon Bebas Pelabuhan Barat.

Operasi dilakukan pada 13 Januari lalu itu berjaya merampas 2,880 kilogram (kg) barangan dagangan itu dalam kontena.

Pengarah Kastam Selangor, Mohamad Azhar Ahmad Paharazi berkata, siasatan mendapati kesemua perisa shisa telah diimport tanpa sebarang permit.

Katanya, pengimport telah mengisytiharkan barangan dagangan itu sebagai minuman tenaga bagi mengaburi mata manusia.

“Nilai dagangan perisa shisa ini berjumlah RM144,000 manakala duti dan cukai yang terlibat dianggarkan sebanyak RM290,016,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau turut memaklumkan pihaknya turut merampas 3,900 kg tembakau bernilai 566,816 termasuk cukai yang gagal mengemukakan permit import di dalam sebuah kontena di kawasan sama.

Kedua-dua kes ini disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 iaitu kesalahan mengimport barang larangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN