fbpx
HISHAMMUDDIN bersedia untuk kembali perjuang dan kukuhkan UMNO.

Hishammuddin sedia kembali perkasa, kukuhkan UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan kesediaannya untuk kembali berjuang memperkasa serta memperkukuhkan UMNO jika penggantungan keahliannya ditarik balik oleh parti itu.

Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, beliau terharu dan berterima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi apabila parti itu membuka pintu seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat, digantung keahliannnya untuk bersama-sama kembali menyertai UMNO.

Jelasnya, untuk menyertai UMNO bukanlah keputusan sukar baginya walaupun telah digantung keahliaannya selama enam tahun bermula Januari 2023.

“Dalam tiga tahun saya digantung, saya tidak pernah keluar parti pun. Kalau betul mereka ikhlas dan tarik balik penggantungan, saya akan kembali berjuang dalam UMNO, rapatkan barisan kita dalam UMNO Sembrong, UMNO Johor, untuk perkasa dan perkukuhkan parti keramat UMNO,”tambahnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI