fbpx
Mohd. Shahzihan ketika sidang akhbar program itu di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO

Hasil siasatan lelaki mengaku ‘Rasul’ diserah kepada pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kertas siasatan terhadap seorang lelaki warga emas yang disyaki mengaku sebagai Rasul termasuk boleh bertemu Nabi Adam secara nyata telah dikemukakan kepada pihak pendakwaan bagi tindakan lanjut.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, lelaki berusia 65 tahun bersama tiga individu lain dibebaskan dengan jaminan dalam tempoh 24 jam selepas penahanan mereka bulan lalu.

“Kita (JAIS) dalam proses berbincang dengan pendakwaan apa yang diperlukan. Jika ada kurang (maklumat), maka kita akan tambah.

“Buat masa ini, ada tindakan susulan berhubung kes itu namun masih tidak boleh didedahkan,” katanya pada majlis serahan Dana Sumbangan Ihya’ Ramadan Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (Tijari) kepada masjid dan surau di Bangunan Sultan Idris Shah di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan JAIS membongkar kegiatan seorang lelaki warga emas dipercayai mengamalkan ajaran sesat dengan menggelarkan dirinya sebagai seorang rasul.

Lelaki yang ditahan dalam operasi khas di sebuah premis di Rawang, 21 Februari lalu memaklumkan kepada pengikutnya bahawa dia bertemu Nabi Adam secara nyata pada waktu siang dan berjumpa Nabi Muhammad SAW dalam bentuk cahaya pada sebelah malam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN