fbpx
WEI CHONG (kanan) dan Kai Wun tewas kepada Aaron-Wooi Yik di suku akhir All England baru-baru ini.

Wei Chong harap elak jalani pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMAIN beregu lelaki negara, Man Wei Chong berharap tidak perlu menjalani pembedahan dalam misinya melakukan persiapan bagi menghadapi Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China bermula 7 hingga 12 April depan.

Pada ketika ini, pemain berusia 27 tahun itu sedang berdepan tiga jenis kecederaan di lutut kanannya, termasuk koyakan kecil pada anterior cruciate ligament (ACL), meniscus serta chondral.

Wei Chong berkata, dia akan berjumpa dengan doktor bagi melakukan ujian terhadap kecederaan itu selain mengakui, menjalani pembedahan bukanlah pilihan untuknya kerana mahu melakukan persiapan untuk BAC.

“Minggu ini mungkin Khamis atau Jumaat saya akan pergi berjumpa dengan doktor dan tengok apa perkembangan terbaru. Ada tiga minggu lagi untuk buat proses pemulihan, harap ia akan bertambah baik.

“Mungkin kena kuatkan otot kerana itu adalah perkara paling penting, jadi tidak perlu untuk menjalani pembedahan. Fokus utama saya selepas ini adalah menaikkan kekuatan otot,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Wei Chong menunjukkan kekuatan mental cukup tinggi apabila mengambil risiko untuk memastikan dia dan pasangan, Tee Kai Wun dapat beraksi pada Kejohanan Badminton All England di Birmingham yang berakhir Ahad lalu.

Pada saingan Jelajah Dunia Super 1000 itu, langkah Wei Chong-Kai Wun tersekat di suku akhir apabila mereka terpaksa akur tewas kepada rakan sepasukan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik 16-21, 22-20, 14-21.

“Apabila masuk ke dalam gelanggang, saya langsung tidak fikir sama ada sedang mengalami kecederaan ataupun tidak. Apa yang penting adalah untuk mengeluarkan segala-galanya,” ujar Wei Chong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN