Merangka Visi 2026 Xi’an: Mendorong Transformasi Berteraskan Inovasi dan Pembangunan Berkualiti Tinggi di China Barat
XI’AN, China, 11 Mac 2026 /PRNewswire/ — Ketika China mengadakan "Dua Sesi" 2026 dan menggariskan sepuluh hala tuju utama bagi pembangunan ekonomi negara, Xi’an, sebuah bandar utama di China Barat, telah menyelaraskan strategi pembangunannya dengan keutamaan nasional dan menetapkan sasaran pertumbuhan KDNK sekitar 5.5% bagi tahun 2026. Fokus utama termasuk memperluas pelaburan berkesan, mengukuhkan ekonomi sebenar, meningkatkan keupayaan inovasi dan mentransformasikan model pembangunan bandar.
Sebagai sebuah ibu kota purba, Xi’an sedang memacu perkembangan ekonomi serantau dan evolusi bandar untuk memainkan peranan penting dalam era baharu, sambil membawa momentum baharu kepada industri seperti tenaga baharu dan pembuatan automotif di peringkat global.
Pada tahun 2026, Xi’an akan memberi tumpuan kepada sepuluh bidang utama bagi pembangunan ekonomi dan bandar:
- Merangsang permintaan domestik – menyasarkan pelaburan aset tetap melebihi CNY450 bilion dan menggalakkan program tukar beli barangan pengguna.
- Mengukuhkan ekonomi sebenar – melabur CNY120 bilion dalam sektor industri, menyasarkan output industri CNY1.3 trilion serta memajukan kenderaan komersial, fotovolta dan kenderaan pintar terhubung.
- Memajukan inovasi – mencapai nilai kontrak teknologi CNY520 bilion dan melebihi 3,000 perusahaan berteknologi tinggi melebihi saiz tentuan.
- Mentranformasikan pembangunan bandar – melaksanakan 331 projek pembaharuan bandar termasuk lapangan terbang Fasa III dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Xi’an–Shiyan.
- Memperdalam pembaharuan – mempromosikan dasar khusus zon di kawasan pembangunan dan mengintegrasikan perusahaan milik negara.
- Menggalakkan pembangunan budaya – menambah 50 perusahaan budaya melebihi saiz tentuan.
- Mengintegrasikan pembangunan bandar dan luar bandar – mengekalkan pengeluaran bijirin melebihi 1.4 juta tan.
- Memperkukuh perlindungan ekologi – menyiapkan projek pemulihan di kaki bukit utara Pergunungan Qinling.
- Meningkatkan kesejahteraan rakyat – menyiapkan 39 projek penempatan semula dan menambah 15,000 tempat pelajar.
- Memastikan keselamatan dan kestabilan – mengurangkan risiko dalam sektor hartanah dan hutang.
Pada tahun 2025, Xi’an mencapai pertumbuhan ekonomi berkualiti tinggi dengan KDNK serantau berjumlah CNY1,390.267 bilion, meningkat 4.7%. Nilai tambah industri mencapai CNY285.07 bilion (peningkatan 6.1%), manakala output industri melebihi saiz tentuan melepasi satu trilion yuan. Pelaburan aset tetap berjumlah CNY453.98 bilion, dengan pelaburan dalam pembuatan berteknologi tinggi meningkat 15.4%. Jualan runcit Xi’an meningkat 5.3%, manakala jumlah pelancong dan hasil berkaitan meningkat masing–masing 6.7% dan 7.1%. Jumlah import dan eksport pada 2025 mencecah CNY498.79 bilion, meningkat 21.1%, dengan China–Europe Railway Express (Xi’an) mengendalikan 6,037 perjalanan — juga meningkat 21.1%.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4906497_MS06497_6















