fbpx
Tangkap layar video seorang gadis bukan Islam dikenali sebagai Belle memberi sedekah di meja amil bagi pembayaran zakat fitrah.

[VIDEO] ‘Bukan muslim boleh bayar zakat tak?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kebaikan seorang gadis bukan Islam yang memberi sedekah di tempat umat Islam membayar zakat fitrah, menerima pujian daripada orang ramai.

Menerusi video dikongsikan gadis yang juga pempengaruh TikTok, Bellemotorsport, dia bertanya kepada amil daripada Lembaga Zakat Selangor untuk memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Amil yang bertugas tersebut dikenali sebagai Ustaz Aiman Rozli menjelaskan, zakat hanya dibayar oleh umat Islam, manakala bagi bukan Islam, mereka boleh berbuat baik dengan bersedekah.

“Bukan muslim boleh bayar zakat tak? Untuk muslim saja kan? Kalau bukan muslim macam mana? Sini saya boleh sedekah kan sebab followers (pengikut) saya ramai muslim.

“Saya ambil job (kerja), paid review (ulasan berbayar) apa ke, kita buat sikit sedekah. Saya bagi anak yatim saja lah. 2026 ni saya nak tengok senyuman orang yang tak mampu,” katanya Belle pada video berkenaan.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada pengikutnya, malah ada yang mendoakan Belle dimurahkan rezeki seterusnya terus berbuat baik kepada mereka yang memerlukan.

“We made the right person famous (kita jadikan orang yang tepat, terkenal),” komen pengguna TikTok Aizat.

“Benda baik kita sokong tak kira agama,” komen Yaye Fit.

“Saya doakan Belle jadi jutawan sebelum umur 30 tahun supaya dapat bantu lebih lagi insan yang memerlukan. Terima kasih untuk segalanya,” komen seorang individu. – KOSMO! ONLINE

@bellemotorsportTak sangka dah 1 tahun 10 bulan jadi content creator. Terima kasih sebab sentiasa ada dan menyokong saya dari awal sampai sekarang. Tanpa korang, Belle takkan sampai ke sini ❤️🌈

♬ original sound – 3ellelee

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN