![]() |
KUALA LUMPUR, 11 Mac 2026 – Penyedia perkhidmatan pelancongan global Trip.com Malaysia baru-baru ini menyampaikan sumbangan kepada organisasi kebajikan tempatan bukan kerajaan, Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia (PAUKM). Sumbangan sebuah bot penyelamat disampaikan dengan tujuan untuk menyokong usaha misi penyelamatan banjir organisasi tersebut.
Bot tersebut, yang dilengkapi enjin dan treler, menambah kapasiti armada PAUKM dan meningkatkan keupayaannya untuk bertindak balas terhadap kecemasan semasa banjir. Reka bentuk bot yang lebih kecil memberikan kefleksibelan yang lebih tinggi buat pasukan penyelamat dan membolehkan mereka menavigasi kawasan banjir yang sempit dan keadaan air cetek dengan lebih berkesan. Kecekapan ini sekali gus memperluas akses kepada komuniti dan kawasan yang mungkin sukar dijangkau semasa bencana.
"Di Trip.com, kami percaya bahawa kami mempunyai tanggungjawab untuk membantu dalam membentuk masa depan yang lebih baik bagi komuniti dan masyarakat yang kami layani. Sukarelawan dan pasukan responden pertama di Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia telah menjadi sumber inspirasi melalui kerja tanpa mengenal penat lelah dalam memberikan tindak balas terhadap bencana. Kami berbesar hati dapat memainkan peranan dalam menyokong usaha penting yang menyelamatkan nyawa ini serta membawa bantuan kepada mereka yang memerlukan," kata Stephane Thong, Pengurus Besar Trip.com Malaysia.
Majlis rasmi penyerahan bot telah disempurnakan oleh Kuan Chee Heng, Pengasas Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia. Beberapa wakil penting daripada pihak berkuasa tempatan turut hadir sebagai tetamu kehormat, termasuk wakil daripada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Balai Polis Puchong dan Balai Bomba dan Penyelamat Puchong.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Trip.com untuk menjadi penyedia perkhidmatan pelancongan yang bertanggungjawab dengan memberikan tumpuan kepada sokongan terhadap komuniti tempatan di kawasan operasinya. Sebagai platform pelancongan global, Trip.com komited untuk memperkukuh daya tahan komuniti dan memacu impak positif yang bermakna.
Latar Belakang Trip.com
Trip.com ialah penyedia perkhidmatan pelancongan antarabangsa sehenti yang tersedia dalam 24 bahasa merentasi 39 negara dan wilayah serta menyokong 35 mata wang tempatan. Platform ini menawarkan rangkaian hotel dan penerbangan yang luas melibatkan lebih 1.5 juta hotel serta penerbangan daripada lebih 640 syarikat penerbangan, di samping lebih 300,000 produk tarikan pelancongan dan lawatan. Trip.com meliputi 3,400 lapangan terbang di 220 negara dan wilayah. Perkhidmatan pelanggan berbilang bahasa bertaraf dunia yang beroperasi 24/7 membantu mewujudkan pengalaman perjalanan terbaik bagi jutaan pelanggan di seluruh dunia. Untuk menempah perjalanan seterusnya, layari trip.com.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4906327_MS06327_6















