fbpx
Gambar Hiasan

Trauma dibaling mercun sewaktu iftar di Dataran Drawbridge

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Keterujaan seorang wanita berbuka puasa secara santai bersama keluarganya di Dataran Jambatan Angkat Kuala Terengganu atau Drawbridge di sini buat pertama kali bertukar cemas apabila kakinya cedera terkena percikan mercun dibaling individu tidak dikenali pada kelmarin.

Kejadian pada kira-kira pukul 8 malam itu bukan sahaja menyebabkan pakaian Hazwani Abdullah, 37, berlubang malah betisnya juga melecur.

Dia yang menetap di Panji Alam di sini berbuka puasa di kawasan riadah tersebut bagi memenuhi permintaan empat anaknya yang berusia antara empat hingga 14 tahun.

“Anak-anak teringin merasa pengalaman berbuka puasa di kawasan lapang beramai-ramai seperti orang lain.

“Selain berlatar belakang Drawbridge yang indah, mereka juga teruja mahu melihat bunga api sebagai isyarat berbuka puasa yang boleh jelas dilihat di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN