fbpx
Shazeli menunjukkan bungkusan bunga kopi yang dirampas dari sindiket didalangi warga asing pada sidang akhbar di Mes Pegawai Kanan IPK Selangor hari ini.

Sindiket tumpas, rampas dadah RM14.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kegiatan dua sindiket pengedaran dadah termasuk pasaran antarabangsa tumpas selepas enam suspek ditahan dalam empat operasi berasingan baru-baru ini.

Operasi itu dilakukan di Gombak, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang dan Sentul, Kuala Lumpur, berjaya merampas dadah bernilai RM14.6 juta.

Lima daripada suspek adalah warga asing berusia 20 hingga 47 tahun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan mendapati sindiket antarabangsa itu memfokuskan kepada kepada pengedaran dadah jenis bunga ganja.

Katanya, bekalan itu diperoleh daripada negara jiran sebelum dibawa ke luar negara oleh keldai dadah daripada warga asing.

“Menerusi sindiket ini, kita menahan keldai dadah, dalang serta dua penjaga stor termasuk wanita dengan merampas bunga ganja seberat 116.3 kilogram (kg) berjumlah RM9.35 juta.

“Dalang sindiket itu ditahan di sebuah rumah sekitar Kota Warisan, Sepang. Siasatan mendapati peranannya adalah merekrut keldai-keldai dadah,” katanya pada sidang akhbar di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Beliau menambah, dua daripada suspek positif dadah dengan kesemua mereka berasal dari sebuah negara di benua Eropah.

Mereka memasuki negara ini antara hujung Disember lalu hingga pertengahan bulan lepas menggunakan pas lawatan pelancong.

“Bagi satu lagi kes adalah melibatkan rampasan 64 bungkusan plastik teh bertulis ‘Daguanyin’ disyaki syabu seberat 105.1 kg yang dijumpai dalam sebuah van jenis Nissan digunakan dua suspek.

“Semakan mendapati kedua-dua suspek masing-masing bekerja sebagai penghantar barangan syarikat kurier dan pekerja kuil sekitar Batu Caves,” katanya.

Jelas beliau, nilai rampasan dadah pula berjumlah RM5.25 juta dipercayai untuk dipasarkan sekitar Lembah Klang.

Susulan penangkapan kedua-dua sindiket juga berjaya menyita antaranya sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda, BMW M4, Proton Iriz dan dua utas jam tangan mewah serta mata wang kripto bernilai keselurhan lebih RM870,000.

“Kesemua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN