fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @Shahirul di laman Threads.

Sahabat setia berbuka puasa bersama rakan terlantar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan sahabat yang meluangkan masa berbuka puasa bersama rakan mereka yang sedang sakit menyentuh hati ramai di media sosial.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan di laman Threads oleh @Shahirul, dia bersama beberapa rakan lelaki lain dilihat berkunjung ke rumah sahabat mereka, Adam Muiz untuk berbuka puasa bersama.

Dalam video tersebut, mereka turut membawa pelbagai jenis juadah untuk dinikmati ketika berbuka termasuk roti john, kuih tepung pelita, donat, karipap serta beberapa hidangan lain.

Apa yang lebih menyentuh hati apabila Shahirul turut menunjukkan keadaan Adam yang sedang terlantar di atas katil pesakit di rumahnya.

“Tiga tahun dah kita berbuka sama Dam. Semoga ada sinar baharu dan cepat sihat Adam Muiz,” katanya di ruangan kapsyen.

Meskipun Adam berada dalam keadaan kurang sihat, suasana tetap ceria apabila rakan-rakannya dilihat begitu mesra berbual dan bergurau dengannya ketika berbuka puasa bersama dan turut dilihat menunaikan solat secara berjemaah.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.

“Beruntungnya seorang Adam. Sihatkanlah dia supaya dia dapat peluk semua kawan-kawan setia dia ni,” ujar @Amira.

“Beruntungnya Adam. Orang yang sihat pun belum tentu ada sahabat-sahabat macam ni. Semoga diberikan kesembuhan dan terus kuat semangat,” komen @Ayufieda.

“Masya-Allah mahalnya persahabatan kalian,” kata @@Myzsabri_- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN