fbpx
Sebahagian pengamal media berkumpul di Balai Ketibaan Domestik di KLIA bagi membuat liputan ketibaan rakyat Malaysia dari beberapa negara di Asia Barat hari ini.

Rakyat Malaysia terkandas di Asia Barat selamat tiba di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Pesawat sewaan khas Malaysia Airlines MH8503 yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Asia Barat selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 12.32 tengah hari tadi.

Pesawat Airbus A330-300 yang membawa 170 penumpang itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah, Arab Saudi pada pukul 10.20 malam (waktu Jeddah).

Mereka yang tiba di tanah air termasuk 163 rakyat Malaysia terdiri daripada pelajar, pengembara dan jemaah umrah dari Jeddah, Syria, Jordan dan Qatar berusia empat hingga 88 tahun.

Turut menaiki pesawat sama adalah lima warga Thailand, masing-masing seorang warga Indonesia dan Maghribi yang juga merupakan ahli keluarga rakyat negara ini.

Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia dari Zon Konflik Asia Barat itu dilaksanakan atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan situasi keselamatan di rantau berkenaan yang dilaporkan kian meruncing.

Sebelum ini, kerajaan menyatakan komitmen untuk melakukan segala yang termampu bagi memastikan rakyat Malaysia yang terjejas kembali ke tanah air dengan selamat.

Misi itu turut membawa pulang sekumpulan rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di beberapa lokasi termasuk Arab Saudi, Syria, Jordan dan Qatar. Mereka terdiri daripada pelajar, pengembara serta jemaah umrah.

Sebelum penerbangan ini, lebih 400 rakyat Malaysia pada awalnya mendaftar minat untuk menyertai operasi evakuasi.

Namun, selepas penerbangan komersial kembali beroperasi, sebahagian daripada mereka berjaya pulang melalui penerbangan lain.

Operasi bersepadu ini diterajui oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri serta pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di rantau Asia Barat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI