fbpx
Azar Azmi

Pelakon Azar dibebaskan, jadi saksi pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Pelakon wanita, Azar Azmi yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan kes penipuan penjualan tanah lot kurnia melibatkan kerugian RM1.5 juta dan urusan darjah kebesaran ‘Datuk’ dibebaskan oleh pihak polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, pelakon berusia 35 tahun itu dibebaskan lebih kurang pukul 8 pagi tadi dan akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan kedua-dua kes.

“Setakat ini, di Negeri Sembilan masih dua kes disiasat melibatkan mereka iaitu kes tipu tanah kurniaan dan urusan darjah kebesaran ‘Datuk’ yang tidak wujud.

“Satu kes tipu pelaburan lembu di Kuala Lumpur masih menunggu arahan selanjutnya oleh pihak pendakwa raya berhubung siasatan kes ,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN