BARCELONA, Sepanyol, 11 Mac 2026 /PRNewswire/ — Laporan berita daripada Telecom Review Group:
Ketika kecerdasan buatan (AI) membentuk semula industri dan pengalaman pengguna dengan sangat pantas, era AI mudah alih meletakkan tuntutan baharu terhadap rangkaian. Perkembangan ini menjadikan 5G–A kritikal untuk merapatkan jurang antara generasi teknologi dan membuka nilai penuh keterhubungan pintar. Semasa Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2026, Yang Chaobin, Ketua Pegawai Eksekutif ICT Business Group Huawei, menggesa industri ICT untuk memperhebat usaha memastikan semua pihak dapat mengakses laluan pantas AI, daripada pelaksanaan 5G–A dan spektrum baharu bagi menyokong aplikasi AI hingga memperluas akses kepada komuniti yang masih kurang mendapat perkhidmatan.
Tuntutan Rangkaian Baharu dalam Era AI Mudah Alih
Yang memulakan ucapannya dengan menyatakan bahawa dalam tempoh dua tahun lalu, penggunaan token harian global telah melonjak hampir 300 kali ganda. Beliau mengakui bahawa:
"Era pintar semakin menghampiri dengan begitu pantas. Aplikasi AI baharu muncul setiap hari dan sudah tiba masanya untuk industri bekerjasama untuk membuka potensi penuh 5G–A. Kita perlu memanfaatkan sumber spektrum baharu seperti U6 GHz dengan cekap bagi mencipta nilai baharu kepada industri sambil membuka jalan kepada evolusi menuju 6G."
Menurut Yang, rangkaian perlu beralih daripada pendekatan yang berfokus kepada paut turun kepada penyediaan lebar jalur ultra tinggi bagi kedua–dua paut naik dan paut turun. Ini penting untuk menyokong pertukaran data multimodal antara peranti dan awan dalam aplikasi AI. Beliau menambah bahawa rangkaian juga perlu menyediakan sambungan yang selamat, boleh dipercayai dan berkependaman ultra rendah untuk menyokong kerjasama AI masa nyata dan proses membuat keputusan pintar.
Merapatkan Jurang Antara Generasi dengan 5G–A dan Menangani Ketidakseimbangan Global
Evolusi pesat AI sedang mempercepatkan penyempitan jurang keupayaan rangkaian dalam kitaran antara generasi komunikasi mudah alih. Yang menegaskan bahawa 5G–A bukan sahaja bertindak sebagai jambatan antara generasi teknologi, malah menyesuaikan keupayaannya dengan keperluan pasaran yang sentiasa berubah.
Huawei juga komited membuka jalan ke arah 6G melalui usaha membina konsensus mengenai definisi, kes penggunaan dan teknologi calon bagi 6G. Dengan piawaian 6G dijangka muncul pada 2029, lima tahun akan datang merupakan tempoh kritikal bagi pembangunan perkhidmatan AI mudah alih. Tempoh "emas" ini akan dipacu oleh 5G–A yang memanfaatkan sepenuhnya kelebihan teknologinya.
Menegaskan fokus yang diperlukan untuk mencapai pelaksanaan 6G, Yang menekankan, "AI tidak akan menunggu sesiapa, justeru tugas utama industri ialah mengenal pasti cara untuk memanfaatkan rangkaian 5G–A untuk memenuhi permintaan yang berkembang pesat ini." Beliau menambah bahawa tugas utama ini termasuk menyediakan kelajuan paut turun 10 Gbps dan paut naik 1 Gbps bervanding paut naik tahap-4G hari ini), selain menyokong teknologi IoT baharu seperti RedCap dan IoT pasif. Ia juga menimbulkan persoalan baharu tentang keperluan untuk memastikan pulangan yang adil kepada pelabur rangkaian.
"Dalam tahun-tahun akan datang, kita perlu bekerjasama. Inilah caranya untuk kita memenuhi ledakan permintaan AI. Pada masa kita meneroka sempadan teknologi, kita perlu juga berdepan dengan realiti ketidakseimbangan pembangunan global," ujar Yang.
Beliau turut menjelaskan bahawa kira–kira 300 juta orang di seluruh dunia masih tidak mempunyai sebarang liputan mudah alih – satu jurang digital yang berpotensi menjadi semakin besar apabila AI berkembang. Merapatkan jurang ini memerlukan inovasi berterusan melalui portfolio spektrum yang pelbagai dan reka bentuk penyelesaian yang menjimatkan. Penyelesaian semua senario yang inovatif, RuralStar Huawei, yang telah digunakan di lebih 80 negara telah menghubungkan kira–kira 170 juta orang, termasuk menyokong pendidikan digital di Kenya melalui bilik darjah DigiTruck, perkhidmatan kewangan di peringkat kampung di Bangladesh dan rawatan perubatan jarak jauh di kawasan terpencil di Argentina.
Membolehkan Penyelesaian Dikuasakan 5G–A melalui Frekuensi U6GHz
5G–A kini telah berkembang ke lebih 300 bandar di seluruh dunia dan bersedia untuk lonjakan seterusnya. Dengan sumber spektrum jalur-C yang semakin terhad di banyak wilayah, jalur U6 GHz muncul sebagai kunci untuk membuka kapasiti rangkaian yang lebih besar. Frekuensi ini kini diiktiraf sebagai jalur utama bagi komunikasi mudah alih masa depan ekoran daripada perbincangan WRC, dan telah disokong oleh cip peranti 5G–A yang matang dan infrastruktur industri.
Yang menutup ucapannya dengan menegaskan, "Era pintar semakin dipercepatkan dan dalam tempoh lima tahun akan datang industri perlu bekerjasama untuk memenuhi permintaan perkhidmatan AI melalui pengkomersialan 5G–A secara besar–besaran."
Latar Belakang Telecom Review Group
Telecom Review Group ialah konglomerat media yang mengkhusus dalam liputan dan acara ICT. Edisi utamanya, Telecom Review, ditubuhkan pada 2005 dan kini menjadi platform media ICT global terkemuka dengan liputan di Timur Tengah, Eropah, Asia Pasifik, Afrika dan Amerika. Telecom Review Group ini terkenal kerana menyediakan kandungan berkualiti tinggi, maklumat yang boleh dipercayai dan menangani topik penting dalam industri ICT. Telecom Review Group juga mempelopori pelancaran e–surat berita dan majalah digital interaktif serta kerap menganjurkan panel maya dan webinar berkaitan ICT. Ketahui lebih lanjut di: www.telecomreviewgroup.com
Hubungan
Media
[email protected]
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4902554_MS02554_6















