fbpx
TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhkan hukuman penjara selama setahun di Mahkamah Majistret Bentong di Bentong hari ini.

Lelaki Indonesia dipenjara setahun memiliki MyKad palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Seorang lelaki warganegara Indonesia dijatuhkan hukuman penjara selama setahun kerana didapati bersalah memiliki MyKad palsu.

Majistret Muhamad Aiman Azahan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Minanse, 67, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan pada pukul 10.30 pagi 7 Mac lalu berhampiran persimpangan Taman Wangi di sini tertuduh tanpa kuasa yang sah memiliki dokumen pengenalan palsu atas nama Nissar bin Radin, nombor kad pengenalan 620908-71-5573 ketika semakan dokumen dibuat ke atas tertuduh semasa operasi dijalankan Jabatan Pendaftaran Negara.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25 (1) (e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JPN Fakhrol Anuar Sani dan Mohd Nurhisyam Mohd Sofian manakala tertuduh tidak diwakili peguam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI