fbpx
Kompleks beli-belah, Mayang Mall merupakan antara premis perniagaan di Kuala Terengganu yang diarah menutup operasi pada 1 Syawal ini.

Kompleks beli-belah, pasar raya Kuala Terengganu tutup pada 1 Syawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Semua kompleks beli-belah, pasar raya besar dan pasar raya di bandar raya ini dan Kuala Nerus diarah menutup operasi pada 1 Syawal yang dijangka pada 21 Mac ini.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Lizan Che Mat berkata, restoran makanan segera, kedai serbaneka 24 jam dan kedai runcit pula hanya dibenarkan beroperasi mulai pukul 1 tengah hari pertama Aidilfitri tersebut.

“Tindakan undang-undang termasuk pembatalan lesen boleh dikenakan terhadap mana-mana pengusaha premis perniagaan yang melanggari arahan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Lizan berkata, penutupan operasi perniagaan tersebut bertujuan memuliakan ketibaan Hari Raya Aidilfitri pertama.

Beliau berkata, ia juga memberi laluan kepada pekerja premis perniagaan terbabit yang beragama Islam untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dan meluangkan masa meraikan 1 Syawal bersama keluarga masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN