fbpx
BANGKAI salah seekor lembu ditemui mati dipercayai dibaham harimau belang yang ditemui di Kampung Rahmat, Kluang hari ini. Foto IHSAN PENDUDUK

Kecoh dua lembu, kambing jadi ‘lauk’ pak belang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Kisah penemuan seekor harimau belang di Kampung Rahmat, di sini baru-baru ini semakin membimbangkan apabila dua bangkai lembu ternakan penduduk ditemui tidak jauh dari kawasan rumah mereka semalam.

Ketua Kampung Rahmat, Salim Darman berkata, penemuan bangkai lembu itu mengejutkan penduduk kerana biasanya semua haiwan ternakan tersebut berada tidak jauh dari kawasan rumah atau kandang.

Katanya, pihaknya yakin harimau yang dijumpai pada Ahad lalu masih berada dalam kawasan hutan kecil di kampung itu kerana kematian lembu itu dijangka berlaku antara satu hingga dua hari lalu.

Katanya, susulan penemuan bangkai itu, pihaknya yakin pak belang tersebut akan datang lagi dalam tempoh terdekat apatah lagi masih banyak sisa bangkai lembu yang belum dimakannya.

“Kami harap pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dapat mengesan kedudukan haiwan tersebut kerana bimbang sekiranya serangan berlaku ke atas penduduk,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Menurut Salim, sebelum itu, pada Isnin lalu pihaknya menemukan bangkai kambing tidak jauh dari kandang ternakan di hujung kampung itu, namun sudah ditanam oleh penternaknya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, seorang pekebun bersama bapanya serta seorang anggota polis terserempak dengan seekor harimau belang ketika dalam perjalanan pulang dari kebun. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN