PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyifatkan hubungan antara ayah dan anak lelaki dalam keluarga UMNO sebagai sesuatu yang istimewa.
Menurutnya, walaupun tidak perlu berjumpa setiap hari, pertemuan yang berlaku menjadi ruang untuk berkongsi pandangan serta mencapai persefahaman.
“Hubungan ayah dengan anak lelaki ini sangat istimewa. Tidak perlu hari-hari jumpa tetapi bila berjumpa banyak perkara yang dapat diluahkan dan disepakati bersama.
“Itulah indahnya keluarga UMNO. Kita menyatupadukan, bukan memecah-belahkan ummah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Beliau berkata demikian sambil berkongsi gambar menghadiri sesi moreh bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dimaksudkan sebagai ‘ayah’ dalam analogi hubungan tersebut.- KOSMO! ONLINE














