KUALA LUMPUR – Polis berjaya memberkas dua lelaki tempatan sekali gus menumpaskan kegiatan kes samun sebuah kedai serbaneka di kawasan Taman Mutiara, Cheras pada 22 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima
laporan kira-kira pukul 4 pagi mengenai kejadian samun di premis berkenaan.
“Bertindak atas maklumat dan risikan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Cheras berjaya menangkap dua lelaki tempatan berusia lingkungan 26 tahun di lokasi berasingan sekitar Kajang dan Cheras.
“Turut dirampas beberapa peralatan dipercayai digunakan oleh suspek semasa melakukan jenayah tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd. Rosdi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun.
Menurutnya, hasil soal siasat, suspek didapati turut terlibat dalan beberapa kes samun kedai serbeneka dan melarikan kenderaan yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur, Johor dan Selangor.
“Kertas siasatan sedang dilengkapkan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya bagi arahan pertuduhan dalam masa yang terdekat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE














