fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @User087561364 di Threads

‘Dah bayar tapi baju raya tak pos’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita hamil meluahkan rasa geram dan terkilan apabila menjadi mangsa penipuan peniaga baju raya sehingga kerugian ratusan ringgit, baru-baru ini.

Menerusi hantaran tular di Threads oleh @User087561364, mangsa mendedahkan dia membuat bayaran sebanyak RM230, namun sehingga kini pakaian raya tersebut belum dihantar.

Katanya, tindakan peniaga itu bukan sahaja merugikan, malah memberi tekanan mental kepada dirinya yang berbadan dua.

“Kau faham tak yang kau dah ambil duit aku tetapi barang tak pos (kurier)?,” katanya menerusi tangkap layar perbualan WhatsApp yang dimuat naik di platform berkenaan.

“Dunia akhirat aku tak halalkan duit aku walaupun cuma RM230. Doa orang yang dianiaya dan doa seorang ibu mengandung Allah angkat,” katanya.

Mangsa turut mendakwa peniaga tersebut sengaja memberikan pelbagai alasan untuk mengelak memulangkan semula wang atau mengepos barangan tersebut meskipun laporan polis telah dibuat.

Beberapa pengguna Threads yang lain mendakwa individu sama turut menggunakan taktik menggunakan nombor akaun pihak ketiga bagi mengaburkan identiti sebenar untuk mengelak dikesan pihak bank.

“Dia akan bagi nombor akaun orang lain, jadi orang yang kena ‘scam’ ( mangsa tipu) ini akan bayar untuk barang yang dia beli. Kalau lapor akaun bank, tidak semestinya akaun dia,” kata @Shesyaz.

Orang ramai turut menyarankan agar mangsa segera menghubungi talian 997 (Pusat Respons Scam Kebangsaan) bagi menyekat akaun dengan lebih pantas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI