fbpx
Nik Ezanee menyampaikan bubur lambuk kepada anggota AKPS sambil diperhatikan Mohammad Azlan di Pelabuhan Barat. Foto oleh AFIQ RAZALI

AKPS jumpa Perdana Menteri, bentang syor pulangkan 800 kontena e-waste

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok dalam membincangkan isu lambakan sisa elektronik (e-waste) di Pelabuhan Klang.

Komander Kawalan Pintu Masuk Pelabuhan Klang AKPS, Datuk Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pertemuan itu akan diketuai Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain, bersama beliau sendiri bagi membentangkan syor menangani e-waste.

Menurutnya, lebih 800 kontena e-waste telah disita AKPS di Pelabuhan Klang dan Jawatankuasa Bertindak Bersama e-waste telah ditubuhkan, yang dianggotai Kastam, Jabatan Alam Sekitar (JAS), SIRIM serta Lembaga Pelabuhan Klang bagi mempertingkat operasi berkaitan.

“Kita sudah ada kontena dan harmonikan senarai itu dengan mana telah diperiksa atau belum. Sekiranya sudah diperiksa, apa tindakan boleh diambil untuk ‘tendang’ kontena itu keluar semula.

“Esok, saya bersama Ketua Pengarah AKPS, akan menghadap Perdana Menteri bagi bentangkan syor bersama dalam isu e-waste terutama dalam pemulangan semula kontena itu,” katanya ketika ditemui pada Program Gema Ramadan 2026, di sini hari ini.

Program tersebut merupakan Jalinan Ukhuwah Padiberas Nasional Berhad (Bernas) bersama AKPS yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BERNAS, Datuk Mohammad Azlan Abdullah.

Nik Ezanee berkata, beliau secara peribadi berharap kesemua kontena e-waste yang telah dikenal pasti itu akan berjaya dihantar kepada negara pembekalnya dalam masa terdekat.

Beliau turut mengakui terdapat beberapa cubaan baharu membawa masuk kontena e-waste baharu pada tahun ini.

“Bagaimanapun, risikan kami turut mendapati cubaan itu telah dihentikan kerana Malaysia kini panas dengan isu e-waste dan mungkin mereka beralih ke negara jiran.

“Selain itu, sudah tentu kita berharap mendapat teknologi baharu dalam mesin pengimbas namun ia bergantung kepada peruntukan kewangan,” katanya.

Terdahulu, Nik Ezzanie mengagihkan kira-kira 400 bekas bubur lambuk dan pek makanan kepada petugas kastam, imigresen, polis serta polis bantuan sekitar Pelabuhan Klang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN