MELAKA – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan mendedahkan sebanyak 56,848 kilogram lebihan makanan bernilai RM720,025 dikutip akibat tidak habis dijual di 123 bazar Ramadan di seluruh negara sepanjang 19 hari umat Islam berpuasa. Pengarah MYSaveFood Ramadan 2026, Ainul A’syara Kamal berkata, jumlah itu direkodkan hasil daripada pengumpulan data harian yang dilaksanakan menerusi operasi penyelamatan makanan oleh pasukan Pemuda Gema Malaysia. Katanya, antara juadah yang paling banyak tidak habis dijual ialah minuman diikuti kuih-muih, nasi berlauk, nasi atau mi goreng, lauk-pauk dan…














