JEMPOL – Tindakan seorang lelaki ‘mengait’ sehelai seluar dalam di luar rumah penduduk di sekitar daerah ini membuatkan ramai tidak senang duduk.
Tindakan tidak bermoral lelaki tersebut berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) kira-kira pukul 1.32 pagi tadi berdasarkan paparan tarikh serta masa di CCTV berkenaan.
Dalam video berdurasi 43 saat itu, lelaki berseluar pendek tersebut terlebih dahulu memanjat pagar hadapan rumah mangsa dan dalam keadaan terhendap-hendap membawa sebatang kayu.
Cubaannya “mengait” seluar dalam dari belakang tiang berkenaan turut kelihatan dan dalam masa 10 saat, seluar dalam berkenaan berjaya di bawa lari.
Difahamkan, sehingga pukul 4.30 petang tadi, mangsa masih belum tampil membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.-KOSMO! ONLINE.














