fbpx
angkap layar video yang dimuat naik pengguna Facebook, Zulhafidz Yahaya.

[VIDEO] ‘Okey, lebih 7 saat… lulus’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan beberapa penunggang motosikal melalui laluan sempit di atas pembahagi jalan (divider) bagi mengelak kesesakan lalu lintas mencuri perhatian pengguna media sosial, malah ada yang berseloroh menyamakan situasi itu seperti ujian memandu motosikal di laluan titi.

Menerusi satu rakaman video tular yag dimuat naik pengguna Facebook, Zulhafidz Yahaya, kelihatan beberapa penunggang motosikal dengan berhati-hati menunggang di atas pembahagi jalan yang sempit sebelum kembali ke laluan jalan raya di satu persimpangan lampu isyarat.

Difahamkan, tindakan tersebut dilakukan bagi mengelakkan kesesakan teruk di laluan berkenaan, namun cara yang digunakan mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meninggalkan komen bersifat humor dengan mengaitkan aksi tersebut seperti situasi calon yang sedang menjalani ujian memandu motosikal di laluan titi dalam ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Kalau lebih tujuh saat atas titi, kira lulus,” seloroh seorang pengguna.

“JPJ patut datang tengok, semua ni confirm (pasti) lulus ujian titi,” tulis Azhari.

“Tak sia-sia JPJ buat ujian titi tujuh saat untuk dapat lesen motosikal,” kata Fauwaz Zamzam.

Namun, ada juga yang menegur tindakan tersebut kerana dianggap berbahaya dan boleh mengundang risiko kemalangan jika penunggang hilang kawalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN