fbpx
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang dijumpai dalam keadaan terapung di dalam Sungai Kelantan dekat Jambatan Tendong, Pasir Mas hari ini. Foto IHSAN BOMBA

Terkejut nampak lelaki jatuh Jambatan Tendong depan mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai datang ke jambatan itu dengan menunggang sebuah motosikal sebelum menanggalkan selipar dan topi keledar.

Saksi kejadian, Muhammad Afieq Amran, 21, berkata, dia melihat mangsa berada dalam keadaan mencurigakan ketika menunggang sebuah motosikal melalui jambatan tersebut.
Menurutnya, dia yang membonceng rakannya sempat menegur perbuatan mangsa yang dilihat membuka selipar dan topi keledar

“Saya ada bergurau dengan rakan dengan mengatakan kepadanya ‘pak cik jangan terjun’ ketika melepasi lelaki itu. Apabila sudah ke depan, saya toleh ke belakang sebelum nampak dia terjun dari jambatan itu.

“Terkejut dengan keadaan itu, saya terus memberhentikan motosikal dan melihat dia sudah berada dalam keadaan terkapai-kapai di dalam Sungai Kelantan,” katanya.

Muhammad Afieq memberitahu, dia terus menghubungi talian kecemasan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong, Mohd. Farid Abdul Hamid berkata, pihak menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.33 pagi sebelum sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, semasa tiba di kawasan jambatan itu, anggota bomba mendapati seorang lelaki berada dalam keadaan terapung di dalam sungai.

“Anggota bomba menaiki bot orang awan untuk membawa mangsa ke tebing sungai. Mayat mangsa diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan untuk pengesahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI